Anda percaya atau tidak kalau saya katakan Copywriting yang power dapat membantu menaikkan SALES perniagaan anda?
Sebelum saya share kepada ands rahsia membuat copywriting yang gempak, meh saya terangkan satu perkara ini.
Terdapat 2 perkara yang akan mempengaruhi iklan anda di FB & IG:
Setting FB & IG Ads
Gambar & ayat iklan menarik
Anda perlu kuasai teknik Setting Ads yang berkesan supaya iklan kita disasarkan kepada golongan yang tepat.
TAPI!
Sekiaranya anda tidak mempunyai kemahiran dalam copywriting, pelanggan tidak akan teruja untuk mendapatkan produk/servis anda
Cikgu Awan, macam mana nak ada skill copywriting yang POWER?
Okay, kali ini saya akan dedahkan rahsia membuat copywriting yang GEMPAK.
JOM!
POWER OF HEADLINE
Kenapa Headline yang menarik penting dalam iklan?
Mestilah, kerana headline mampu memberikan impak yang besar untuk menarik pelanggan membaca iklan anda.
Untuk Headline tak semestinya kene panjang nak menggunakan ayat yang power-power.
Saya pernah guide student saya yang menjual pakaian.
Headline yang saya guna: “TIADA MASA NAK GOSOK BAJU?”
Simple kan?
Kalau anda baca headline yang saya guna tu, rasa-rasanya orang ramai yang adalah masalah untuk spend masa mengosok baju disebabkan jadual kerja yang padat akan baca tak iklan tu?
Kalau Headline panjang-panjang pun bukannya ada orang nak baca dan menggagalkan keseluruhan ayat iklan anda.
TARGET MARKET
Sebelum menulis copywriting, anda perlu study mengenai target client anda.
Iklan yang tiada sasaran pembaca tidak akan effektif dan hanya akan membazirkan masa dan idea content kita.
Produk/service anda untuk kegunaan siapa?
Golongan remaja berumur belasan tahun ke?
Atau golongan pencen berumur 60 tahun keatas?
Ataupun Golongan ibu yang mempunyai anak?
Untuk perlu tahu siapakah target client anda.
Supaya bila meraka baca iklan anda akan membuatkan rasa, “Hah, produk ni la yang aku nak sebelum ni!”
Di dalam Copywriting anda perlulah highlight keperluan target market anda dalam ayat copywriting.
Cara untuk kita kenal audien sasaran adalah dengan membina MARKETING FUNNEL
HIGHLIGHT PENYELESAIAN MASALAH
Semasa anda menulis copywriting, anda perlu highlight penyelesaian masalah yang menggunakan laras bahasa dan tahap pemikiran mereka
Katakan anda mempunyai restaurant makanan.
Target market anda adalah golongan pekerja dan pelajar dalam di kawasan Urban.
Semasa anda membuat ayat copywriting, anda perlu tekankan ‘Offer’ terbaik kepada target market anda.
Cara yang terbaik untuk mendalami masalah mereka adalah dengan menjadi diri mereka sebentar.
Anda perlu cuba masuk di dalam posisi mereka dan fikir APA yang paling mereka inginkan dan KENAPA?
Contoh:
Target Market: Golongan pekerja & Pelajar.
Masalah: Kekangan kewangan
Impian: Mencari restaurant yang menawarkan makanan harga rendah tapi sedap
Kenapa: Kos kehidupan makin menigkat lebih-lebih lagi di kawasan Urban
Penyelesaian: Meningkatkan kualiti makanan yang disediakan dengan menggunakan bahan kos rendah.
Setelah kita kenal pasti masalah mereka secara tepat, barulah senang nak buat copywriting yang power.
Masukkan Pin point & Solution di dalam copywriting anda mengikut cara pemikiran mereka.
UNIQUE CONCEPT MARKETING (UCM)
Tujuan mempunyai UCM adalah untuk membezakan produk/servis kita daripada orang lain.
Dan yang lagi penting dapat menonjolkan kelebihan produk/servis kita.
Cuba anda cari apa yang bezanya produk kita berbanding orang lain?
Mungkin baju atau tudung yang kalis air.
Mungkin harga berpatutan dan banyak free gift.
Mungkin ada service personal delivery.
Mungkin ada polisi FREE upgrade new edition.
Kalau anda masih tiada UCM, perlu Cipta sendiri dan highlight apa UCM anda dalam iklan!
BAHASA 'MESRA' AUDIENCE
Rahsia yang penting dalam copywriting adalah bahasa yang anda gunakan semasa bina ayat copywriting perlulah mengikut gaya bahasa pelanggan anda faham.
Jangan guna ayat yang hanya anda sendiri faham, tapi orang lain tak faham pun maksud yang anda ingin sampaikan.
Sebagai contoh, jika kita nak mengajak orang bersaham, kita mesti tahu istilah-istilah seperti ‘sangkut puncak’, ‘popit’, ‘tangkap pisau’, ‘pump and dump’, ‘buy call’ dan sebagainya.
Memang kedengaran asing, tapi itulah bahasa mereka.
Tak tahu macam mana nak belajar bahasa mereka?
Anda perlu sering membaca posting dan komen mereka yang melibatkan saham.
Dari situ anda akan sedikit sebanyak berjaya communicate dengan mereka melalui ayat copywriting anda
Kenali bahasa mereka dan tulis copywriting menggunakan bahasa tersebut.
“Asyik sangkut di puncak? Meh download ebook PERCUMA saya. Saya guide sampai jadi!”
Lebih meluas dunia peniagaan pula.
Anda tentukan produk yang ingin dijual terlebih dahulu.
Kemudian study bahasa dan cara perbualan yang digunakan dalam target market anda.
GUNAKAN AYAT SIMPLE
Copywriting yang effective perlulah menggunakan ayat yang simple agar para pembaca mudah faham.
Rahsia untuk menulis ayat yang simple dan mudah faham adalah bina ayat senafas sahaja.
Ini bermaksud, anda hanya perlukan senafas untuk menghabiskan baca 1 ayat.
Di antara 2 ayat ni, mana satu yang mudah dibaca?
Target market anda adalah golongan pekerja dan pelajar di kawasan Urban.
Target market anda adalah golongan pekerja dan pelajar. Mereka dalam kawasan Urban.
Ayat A lebih mudah faham, kan?
Mestilah, sebab ayat A lebih ringkas untuk dibaca.
TESTIMONI / KISAH PELANGGAN
Di bahagian ini, terdapat 2 rahsia yang anda perlu tahu untuk membuat copywriting yang gempak iaitu :
Testimoni/review pelanggan
Kisah pelanggan sebelum dan selepas mengunakan produk anda.
Untuk point pertama, anda boleh nampak dimana kita sendiri sebelum membuat pembelian akan baca review seller di Shopee terlebih dahulu.
Tak silap saya, hampir semua orang begitu. Kerana dari review sahaja mereka dapat informasi berkaitan keberkesanan product atau service anda.
Bukan sahaja kedai online, kedai di shopping complex juga kita ikut-ikut orang.
Kedai A mempunyai ramai orang di dalam kedai. Kedai B pula tiada orang walaupun offer harga yang lebih rendah berbandai kedai A.
Kita sendiri akan cenderung untuk masuk ke kedai A walaupun kita nampak promosi di kedai B.
Kenapa?
Ini kerana di kedai A mempunyai social proof berbanding kedai B
Kalau perasan, saya ada buat social proof untuk page ni.
Saya beritahu kejayaan saya dalam pengiklanan social media dan mempunyai lebih daripada 10,000 students yang sudah belajar daripada saya.
Dengan highlight info sebegini, orang akan lebih percaya bahawa kita legit, bukan scam.
Untuk point ke-2, Anda boleh kongsikan testimoni dalam iklan anda.
Kalau nak copywriting anda lebih power, anda juga boleh jadikan kisah pelanggan anda sebagai ayat iklan.
Cuba interview pelanggan yang pernah repeat order lebih dari 3 kali.
Cuba korek kisah pelanggan tu.
Anda boleh tanya mereka 4 soalan ni:
Apa yang terjadi dalam hidup dia sebelum jumpa produk anda?
Apa usaha yang dia pernah cuba tapi gagal?
Macam mana dia jumpa produk anda?
Perubahan apa yang dia alami selepas menggunakan produk anda?
Catit setiap point penting yang keluar dari mulut pelanggan setia anda tu. Jadikan ia sebagai modal untuk buat ayat iklan yang menarik.
SPLIT TEST
Biasanya, ramai yang akan buat split test untuk analisis content yang akan memberi leads yang banyak
Tetapi, saya berpendapat apa yang lebih penting untuk kita buat split test adalah menentukan offer terbaik untuk Ads anda
Sebab apa?
Kerana, offer ni yang akan menentukan samada prospek rasa teruja atau tak nak buat pembelian.
Senang cerita, offer adalah platform untuk menjana copywriting yang power.
Jadi, pastikan anda sentiasa ada offer yang menarik untuk dimasukkan dalam iklan.
Kalau anda tak tau offer apa yang membuat pelanggan eye catching, anda boleh cuba create beberapa offer yang meleleh.
Letak bajet RM20 pada setiap iklan dan buat ‘Split Test’ selama 3 hari.
Lepas tu, kaji semula, offer apa yang berjaya dapatkan banyak lead?
Offer mana satu yang berjaya naikkan closing rate?